HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, January 20, 2011

Kalau Berpacaran ~

Kalau Berpacaran, sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan dan Altimet.
Mesti korang da pernah dengar lagu ni kan ??
Well, bagi atul, lagu ni best sangat.
Mula mula dengar sebab kawan atul nyanyi.
Then terus cari kat 4shared. Download kat 4shared.
Sekarang ni da hafal da. Hehe. Best lah.

Antara lirik lagu Kalau Berpacaran ;

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang.
Menjaga susila ibu bapa adik abang.
Apabila berdua, cari lah tempat yang terang.
Agar tidak pula mencuba aksi yang terlarang.

Pada yang tengah berpacaran, termasuk saya sendiri, ingat lah ye.
Bercinta ni banyak pantang larang. Kita ni orang Islam, bukan orang Barat yang boleh buat sesuka hati.
Jaga lah adab adab semasa bercinta. Jangan kita lalai dan hanyut dengan percintaan ni.
Betulkan niat kita tuu. Bercinta kerana Allah SWT bukan kerana nafsu semata mata.
Bercinta pun kita kena jaga maruah keluarga kita.
Jangan disebabkan kita buat sesuatu yang boleh memalukan keluarga kita, maruah keluarga kita tercemar.
Bercinta memang boleh, tapi biar lah kena pada tempatnya.

Lirik yang ni pula ;

Boleh pandang pandang.
Jangan pegang pegang.
Duduk renggang renggang.
Bertambah sayang.

Biar malu malu.
Biar segan segan.
Kerna malu itu perisai orang beriman.

Bagi yang tengah berpacaran tuu, ingatan untuk diri atul sendiri dan semua.
Ingat ye, kita boleh pandang pandang je. Jangan nak pegang pegang.
Kita pun tahu kan, kalau perempuan dan lelaki bersentuhan adalah haram.
So, jangan lah pegang pegang ye.
Kalau nak pegang sangat, pergi lah nikah dulu, okay ??

Duduk pun sama, duduk renggang renggang, jangan dekat dekat.
Nanti dekat dekat susah pula. Ingat, bila berdua, ada yang ketiganya.
Yang ketiga tuu lah yang boleh buat kita terjerumus ke lembah maksiat.
So, duduk jauh jauh sikit ye. :)

Kita ni kena lah malu malu, jangan tak tahu malu.
Lagi lagi yang perempuan, kena ada sifat pemalu.
Jangan kita pula yang nak mulakan dulu. Tuu da gatal sangat pula.
Sesungguhnya malu itu separuh daripada Iman.

Lirik yang terakhir ;

Kalau berpacaran jangan tunggu lama lama.
Kalau da berkenan jumpa lah ayah dan mama.
Hantarkan rombongan meminang dengan segera.
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya.

Bagi yang tengah berpacaran, kalau da sampai masanya, da cukup dari segala aspek, jangan tunggu lama lama.
Cepat cepat lah masuk meminang ye.
Kalau lambat nanti, orang lain sambar pula pasangan anda tuu, nanti anda juga yang menyesal.
Cepat cepat, jangan lambat lambat ye. :)
Pastikan da bersedia dari segala aspek ye.

Okay, itu sahaja yang ingin dikongsi pada malam ni.
Maaf lah sebab yang part Altimet nyanyi tuu tak hafal lah.
Laju sangat. Hehe.
Ni je lirik yang sempat hafal.

Ni semua peringatan untuk yang sedang berpacaran.
Peringatan untuk atul sendiri dan juga orang lain.
Renung renungkan dan selamat beramal! :)

Maaf kalau lirik tak betul sebab lirik kat atas ni sebab atul hafal sendiri :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: