HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Tuesday, March 29, 2011

Aku Nak Pergi Jauh !

Aku nak pergi jauh. Nak pergi jauh dari semua orang. Aku nak tinggalkan keluarga aku, kawan kawan aku, orang yang kenal dengan aku, dan yang paling penting, aku nak tinggalkan blog aku buat selama lamanya. :(

Okay okay. Jangan percaya dengan apa yang aku mengarut kat atas tuu. Aku takkan tinggalkan orang orang yang aku sayang dan yang paling penting, aku takkan tinggalkan blog kesayangan aku ni. Aku akan jadi gila kot kalau aku tinggalka blog aku ni. Aku sayang sangat kat blog aku. Blogku, hidupku!

Aku bukan nak pergi mana. Cuma nak pesan kat semua yang rajin datang blog aku ni untuk jaga blog aku ni baik baik. Kemungkinan besar dalam 2-3 hari yang akan datang aku takkan update blog. Sebab ?? Ada sebab tersendiri dan aku banyak sangat kerja nak kena buat. Biasa lah, aku kan orang orang busy. :p Tolong ye jaga blog atul ni kalau tengok atul tak update blog. Bak kata Kak Sunah, jangan lupa sedekah trafik untuk blog saya :) So, datang lah tiap tiap hari ye. ^_^

Semalam da tengok jadual final exam. Okay, lagi 3 minggu je final exam. Takut ?? Of course lah sebab banyak lagi tak study ni. Tapi yang paling happy adalah, final exam aku akan habis pada 1 Mei 2011. So, aku boleh balik rumah lepas tuu. Tak sabar nak balik rumah. Nak tido puas puas! ;p

Okay, ni jadual exam aku : *Saja nak bagi tahu kat korang :)

21 April 2011 : Computerized Accounting (AIS 280)
24 April 2011 : Costing (MAF 280)
26 April 2011 : Financial Accounting (FAR 250)
1 Mei 2011 : Macroeconomics (ECO 211)

Suka suka jugak sebab dapat balik awal. Tapi jangan suka sangat ye cik atul. Study tuu yang penting. Jangan ingat nak balik je. Ingat pesan abah, jangan nak selalu kira lah lagi berapa hari nak balik rumah. Study, okay! Good luck atul ^_^


p/s : Kepada blogger yang da bagi link blog mereka kat atul untuk di review, maaf ye lambat sikit. Atul banyak kerja. Tapi jangan risau, blog anda tetap akan di review. Cuma lambat je. ^_^ Maaf di atas segala kesulitan :)



8 comments:

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: