HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, March 4, 2011

Cinta Saya Bukan Untuk Disakiti!

CINTA, CINTA, CINTA.
Da bosan aku dengar perkataan tuu.
Untuk mengungkapkannya senang sangat.
Tapi untuk menunaikan apa yang diungkapkan, tersangat lah susah!

Aku da putus dengan seseorang pada awal Februari yang lepas.
Adalah sebabnya dan aku tak boleh nak ceritakannya dengan lebih lanjut lagi.
Ianya terlalu peribadi bagi aku.

Tak lama kemudian, datang seseorang yang memang selama ini aku nantikan untuk menjadi sebahagian dalam hidup aku.
Dia melamar aku untuk menjadi pasangannya dan menyuruh aku agar jangan mengulangi kesilapan yang lalu.
Aku menerimanya kerana memang dia yang aku perlukan dalam hidup aku.

Tapi sayangnya, aku ni terlalu BODOH.
Percaya dengan kata kata manisnya yang memang indah sangat.
Lelaki lelaki. Pandainya KAU bermain dengan kata kata.
Kenapa lah aku terlalu BODOH untuk mempercayai kata kata manis yang diungkapkan oleh lelaki tak guna tuu.

Aku bercinta dengan dia macam orang yang tak bercinta.
Dia langsung tak mesej aku, call aku untuk tanya khabar.
Kalau dia online pun, aku yang kena tegur dia.
Dia memang tak ada perasaan ek ??
Sebenarnya KAU ni manusia ke atau benda lain ??

KAU tahu tak yang cinta aku bukan untuk dipermainkan.
Aku cintakan KAU setulus hati aku.
Kalau KAU tak cintakan aku, kalau KAU nak permainkan aku, baik tak payah KAU mintak couple dengan aku.
KAU memang tak guna.
Dasar lelaki TAK GUNA!!

Tak lama lepas tuu, bila aku bukak Twitter dia, segalanya terjawab.
Pandainya KAU berlakon.
Rupanya KAU bercinta dengan perempuan lain kat Twitter tuu ??
Pandainya KAU kan. Tak sangka aku yang KAU ni bijak sangat mempermainkan perasaan perempuan.

Aku takkan terima KAU lagi dalam hidup aku.
Aku terlalu bencikan KAU.
Aku dah buang KAU dari hidup aku.
KAU tak pernah wujud dalam hidup aku.

Selamat bercinta dengan perempuan tuu.
Semoga KAU bahagia dengan dia.
Doa aku semuanya yang terbaik untuk KAU.
Aku takkan doakan yang buruk untuk KAU kerana aku tak layak untuk berbuat demikian.
Biar lah ALLAH SWT yang membalas segala galanya.

Aku janji entri ini adalah entri terakhir pasal KAU.

p/s ; Cinta saya bukan untuk disakiti dan dipermainkan. Cinta saya juga bukan untuk seseorang yang tidak tahu menghargai. Terima kasih!




4 comments:

  1. bynk kan bersabar...lebih baik kahwin then baru bercinta..tidak ada istilah kapel dalam islam..kalau lelaki tu berkenan dengan pompuan tu.siasat latar belakang then terus masuk minang hehehe

    ReplyDelete
  2. @Kumbang Jingga Betul apa yg awk ckp tuu. Sy da tak nk bercinta lps ni. :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: