HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, April 7, 2011

Minggu Yang Mencabar

Ziela, Syamira dan Atul :)


We are from 3D and 1T company :)

Cerita sepanjang minggu ini :

5 April 2011 : Hari ni ada group presentation pasal proposal. Tengok lah tajuk proposal group aku kat gambar di atas. Group aku decide nak buat proposal pasal membina rumah anak anak yatim. Hari tuu, everything is going fine. Sepatutnya ada 2 group yang present. Tapi group pertama tuu, ada ahlinya yang tak sihat, so, group aku yang kena present hari tuu. Kepada group Akem, jangan risau ye. Group atul tak marah pun pasal group Akem tak jadi present hari tuu. Lagi pun Amin sakit bukan saja saja kan ?? So, lupakan je lah ye.

Hari tuu group aku, Ziela, Syamira, Aku dan Sazwan, decide untuk pakai baju korporat. So, aku, Ziela dan Syamira pun pakai lah baju kemeja, seluar slack dan pakai blazer. Alhamdulillah, madam puji cara pemakaian kami dalam membuat presentation. Tapi yang aku agak geram lah kan. Ada ke patut budak budak yang tengok kitaorang pakai baju kemeja ni, diaorang cakap aku ni kerja kat McDonald dan Ziela kerje ka KFC. Itu salah 1 sebab kenapa aku bad mood sangat hari tuu. Tapi aku lupakan je. Lantak lah diaorang nak cakap apa. Aku tak ganggu korang. Yang aku tahu, aku buat kerja aku. Yang paling penting, aku puas hati dengan apa yang aku buat hari ni. Terima kasih kepada yang da mengata aku dan kawan kawan. Thanks. Kepada Thaqif, Azuan dan Qayyim, sorry sebab termarah korang. Sorry sangat.


6 April 2011 : Hari ni penat sangat. Sebab ?? Kelas dari pukul 2-6 adalah kelas Macroeconomics. Hari ni ada quiz Eco. Sepatutnya.. Okay, quiz je kot. Aku pun study biasa biasa je lah. Sekali, lepas jawab quiz 2 jam, madam cakap pukul 4 sampai pukul 6 buat test pulak. Memang nak menjerit je masa tuu. Da lah dengan tak study nya. So, apa lagi, masa untuk buat theory sendiri. Yang kira kira tuu, boleh lah nak hentam je. Ni bab theory, nak hentam apa ??!! Redha je lah ye ^_^

7 April 2011 : Hari ni aku ada interview. Interview apa ?? Okay, aku mohon untuk jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi semester hadapan. Hari Isnin ni (11 April), adalah proses mengundi bagi semua kolej untuk mencari JPK bagi semester hadapan. Ini kali kedua aku mohon jadi JPK. Dulu tak dapat dan aku jadi Sekiteriat JPK. Best sangat sangat. So, jawatan sebagai Sekiteriat dah habis dan aku nak kembangkan lagi bakat aku dalam kepimpinan. Aku dan roomate aku, Hana, buat keputusan untuk mohon jadi JPK. Interview pagi tadi, alhamdulillah. Berjaya menjawab soalan soalan yang agak mencabar dari Pegawai Pembangunan Pelajar. Roomate aku yang paling lucu. Apa yang lucunya ?? Hehe.. Biar lah rahsia. Pengalaman interview yang tak dapat dilupakan. Harap harap aku tercalon lah untuk menjadi salah seorang JPK bagi semester hadapan. Aku minat sangat dalam bidang kepimpinan ni. Sejak dari sekolah lagi. Kalau ikutkan, aku nak jadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tapi aku tahu tahap kemampuan aku setakat mana. Dan aku rasa aku mampu menjalankan tugas sebagai JPK. Doakan aku ye kawan kawan :)

Itu lah antara cerita minggu ni. Sekarang ni tengah fokus untuk test costing (MAF280) dan financial accounting (FAR250). Final exam lagi 13 hari. Huh, agak tension semester ni. Apa apa pun, doakan lah aku boleh lakukan semua ni dengan baik.. AMIN.. :)


p/s : Maaf, entri agak panjang.. Teruskan membaca dan bagi sokongan pada atul ^_^


2 comments:

  1. nie stdy kat mana??
    amik course bisnes kaa?? hehehe..
    pakai baju koprat ni, teringt plak last sem taw.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: