HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, April 22, 2011

Perpustakaan ?? Ohh, Tidak!

Assalamualaikum semua.. Apa khabar ?? Harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.. Kepada semua student yang sedang menghadapi peperiksaan akhir, good luck atul ucapkan.. Buat yang terbaik dan banyak banyakkan lah berdoa.. Doakan untuk atul jugak ye.. Tadi baru habis menjawab paper Computerised Accounting.. Alhamdulillah, boleh jawab.. Tapi tak confident sangat.. Entah lah.. Takut jugak nak tengok result untuk paper ni.. Sekarang ni atul hanya bertawakal sahaja kepada ALLAH SWT.. Harap keputusan nanti adalah keputusan yang membanggakan.. AMIN..

Sekarang ni kan musim exam.. Mesti ramai yang study dekat peprustakaan kan ?? Kalau nak tahu, perpustakaan akan penuh dan sesak bila time exam.. Yelah, time ni semua nak study dekat library.. Tempat terbaik untuk buat revision..

Tapi kan, atul tak suka nak study dekat perpustakaan ni.. Bukan lah tak suka sangat kat perpustakaan ni.. Mesti lah suka sebab kat sini lah macam macam info boleh dapat melainkan internet ni.. Tapi entah lah.. Bila time exam je, atul lagi suka study dekat bilik je.. Di mana atul rasa tempat yang paling best untuk study..

Antara sebab kenapa atul tak suka nak study kat perpustakaan :

1. Bukan study, tapi tengok orang lain!
-Kat perpustakaan kan ramai student tengah study.. Yang pastinya, nanti atul takkan study.. Tengok student lain yang lebih.. Bila student lalu kat sebelah kita ke, depan kita ke, mesti kita akan tengokkan ?? So, sedikit sebanyak mengganggu fokus kita untuk belajar.. Lagi lagi lah kalau ada pasangan couple tengah study kat library tuu.. Lagi lah kita suka tengok.. Lepas tuu mula lah bercerita kat kawan kita.. 'Ohh, dia ni couple dengan dia ni ek ??' dan macam macam lagi lah..

2. Terlalu sejuk!
-Perpustakaan kat U korang mesti sejukkan ?? Well, sebab tuu ramai suka pergi perpustakaan.. Sebab sejuk sangat.. Salah satu sebab atul tak suka study kat perpustakaan.. Kalau da sejuk sangat, ianya akan membuatkan atul mengantuk dan atul rasa nak tido.. Then, lepas tuu mula lah da tak fokus.. Lepas tuu apa lagi, keluar lah dari perpustakaan tuu dan balik bilik.. Sambung tido kat bilik! :)

3. Selalu kena marah!
-Bila atul dengan kawan kawan study kat perpustakaan, tak sah kalau kami tak kena marah dengan pegawai kat perpustakaan.. Biasa lah kan kalau da study ramai ramai, agak bising lah jugak.. Tapiii, tak lah bising sangat okay! Kitaorang still control suara kitaorang supaya tak kuat.. Lagi pun kitaorang bising buakn sebab apa.. Yang ni suruh explain pasal ni.. Yang ni suruh explain yang itu pulak.. So, kena lah explain dan kadang kadang tak perasan yang suara tuu terkuat.. Lepas tuu apa lagi, kena marah.. Urghh!! Maafkan kami ye encik.. Tak sengaja.. ^_^

Itu lah antara sebab atul tak suka study kat perpustakaan.. Tapi atul akan ke library untuk siapkan assignment dan cari info info untuk buat assignment.. Korang semua mesti rajin study kat perpustakaan kan ?? Jangan tiru macam atul ye.. Atul ni banyak alasan je.. Pada hal pemalas.. HAHA.. Okay lah.. Jumpa lagi..


p/s : Next paper ; Costing on Sunday.. Wish me luck! :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: