HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Friday, June 3, 2011

Nora Elena :)

Picture : Google

Nora Elena.. Sekarang ni tengah musim drama di TV3, Nora Elena.. Baca blog blogger ni, cerita pasal Nora Elena.. Jumpa kawan kawan, cerita pasal Nora Elena.. Blog abg ben ashaari pun cerita pasal Nora Elena.. Best sangat ke cerita Nora Elena ni??

Aku akui, cerita ni best sangat.. Masa drama ni baru mula, aku macam malas je nak tengok.. Tengok macam tu je.. Akhirnya, aku pun ketagih tengok cerita ni.. Aku tak tahu pun cerita ni diadaptasi dari Novel Kasih Yang Suci.. Tu pun kawan aku yang bagi tahu.. Ramai da tahu pasal cerita ni sebab cerita ni dari novel tersebut.. Aku je yang ketinggalan zaman.. Kawan aku pun cakap, da boleh agak da pengakhiran cerita ni macam mana.. Urm, tak kisah lah.. Aku tetap jugak nak tengok..

Walaupun tak boleh tengok kat depan TV setiap hari, aku tak risau.. Sebab aku boleh tengok kat tonton.my.. Selamat aku da register awal awal dulu.. So, kalau terlepas drama ni, aku masih boleh tengok.. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya.. Hehe.. :)

Episod semalam, iaitu episod yang ke 16, episod yang best sekali.. Akhirnya Nora da mula sayangkan Seth Tan.. Sweet sangat.. Seth lah suami yang paling baik sekali.. Suami idaman setiap wanita masa kini.. Tapi masih ada ke lelaki macam tu sekarang ni?? Kalau ada pun, 1 dalam 1000.. Tak gitu?? Well, Aaron Aziz tu pun cuma berlakon.. Yang sebetulnya, Aaron Aziz tu macam Seth jugak ke?? Entah lah.. Kalau nak tahu, tanya lah isteri Aaron Aziz tu.. Hehe..

Kepada peminat drama Slot Akasia, Nora Elena, teruskan menonton drama tersebut.. Kepada yang tak minat, tak apa lah.. Duduk diam diam ye.. Kepada yang terlepas tengok drama Nora Elena ni, cepat cepat lah register kat tonton.my.. Nanti boleh tengok puas puas.. :)

Okay lah.. Jumpa lagi! ^_^


p/s : Ujang da terjebak menonton drama ni.. Hehe.. Ujang, selamat menonton ye.. :)
Siapa ada novel Kasih Yang Suci?? Nak pinjam, boleh?? :p

4 comments:

  1. saya pon tengok gak!!! hahaha....ni mcm promo website tonton jek ni..hehe

    ReplyDelete
  2. erkk tak penah tengok cite ni.. best ke best ke? ok nanti tengok. :p

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: