HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Sunday, July 3, 2011

Review Novel - Sepupuku Suamiku


Assalamualaikum semua.. Hari ni atul nak review blog yang atul baru je baca.. Kalau semua nak tahu, atul da hampir 3 tahun tak baca novel.. Dulu masa kat sekolah menengah, bukan main lagi rajin baca novel.. Bila da masuk Form 5, malas da nak baca novel sampai lah sekarang.. Atul baru selesai baca 1 novel yang bertajuk, Sepupuku Suamiku.. Novel ni novel roomate atul, Hana.. Pinjam dari dia.. Dalam masa 2 hari, atul da habis baca novel ni..

Novel ni memang best sangat.. Bila baca novel ni, rasa macam nak kahwin sekarang jugak! HAHA.. *Bukan ada unsur seks atau apa ye.. Tapi watak suami isteri dalam ni romantik sangat.. Rasa macam nak jadi macam mereka bila da kahwin nanti.. *Lambat lagi atul.. Bagi atul, tak sia sia atul habiskan masa baca novel ni sebab novel ni adalah novel terbaik bagi atul setelah 3 tahun atul tak baca novel.. Atul bagi 10/10 untuk novel ni.. Okay, ni adalah sinopsis bagi novel Sepupuku Suamiku :

Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia? Kalau dah cinta, anjing dan kucing pun boleh hidup bersama. Nana dan Hisyam telah membuktikannya. Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga, tetapi mereka masih mampu hidup bahagia. Cinta yang disemai semakin hari semakin mewangi. Tetapi entah di mana silapnya, badai tak henti henti melanda. Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka. Si kekasih datang menuntut janji. Nana tak dapat bertahan. Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka, dia pasrah. Bagi Hisyam pula, andai bercerai badan sekalipun cintanya tetap utuh buat Nana. Tiada cinta lain baginya. Hani hanya perosak. Johan hanya datang mengganggu. Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat isteri. Ketaksuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal. Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya. Makin kuat Hisyam menolak, makin kuat dia menarik. Demi cinta, andai terkorban diri sekalipun dia sanggup. Johan juga begitu. Dalam hatinya hanya ada Nana. Selagi Nana tidak menjadi miliknya, selagi itulah dia akan terus berusaha. "Abang, hati Nana hanya ada satu. Sekali Nana jatuh cinta, untuk selamanya hati Nana untuk orang tu. Nana harap abang mengert." Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa cinta. Andai kau tercipta untukku, kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun..
Nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni, dapatkan novel Sepupuku Suamiku.. :)

Larilah hingga ke hujung dunia, Berenanglah hingga ke dasar lautan, Terbanglah hingga langit ketujuh. Kalau sudah jodoh, pasti bersatu jua.

p/s : Alangkah indahnya andai diri ini dicintai.. :)

3 comments:

  1. mesti menarik kisah romantik ini kan.. panduan untuk mereka yang bakal berumah tangga... semoga berbahagia

    ReplyDelete
  2. weet weet!! nisa pon dah baca,, comel kan cerita dorg!! sweet jer :)

    ReplyDelete

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: