HOME ABOUT ME EXCHANGE BANNER FACEBOOK TWITTER DASHBOARD

Thursday, April 14, 2016

HARI TERAKHIR DI TRADEWINDS PLANTATION BERHAD

Assalamualaikum dan hai semua. :) 

Okay entri kali ni atul nak cerita sikit pasal hari terakhir atul bekerja di Tradewinds Plantation Berhad. :) Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun lebih atul bekerja di TPB, akhirnya atul meninggalkan kerja atul ni dengan hati yang berat. Sedih tu memang sedih sangat. Yelah dah 3 tahun dan ni merupakan kerja pertama atul lepas grad dulu. Ditambah lagi dengan hubungan yang telah terbina antara atul dengan staff TPB bagaikan satu keluarga yang tak dapat dipisahkan. :)

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun agak sedih kerana perpisahan ni, atul kena redha dan teruskan hidup sebab terlalu banyak peluang yang atul kena kejar demi masa depan atul. Mungkin rezeki di TPB setakat itu sahaja. :)

Walau macam mana sekalipun, kenangan bersama mereka di TPB takkan sesekali dilupakan. :) Dan setiap pengalaman yang atul dapat di TPB takkan sesekali atul abaikan dan sentiasa atul gunakan dalam kehidupan seharian. :)


Bergambar kenangan dengan abang-abang dan kakak di Engineering Department, Kak Etty, Abang Khairil & Encik Hayauddin. :)


Ni pulak gambar kenangan bersama dengan Procurement Department, Mr Guna, Kak Farah, Asma & Kak Zabidah. :)


Haha. Kalau gambar yang tersenyum lebar ni of course dengan abang-abang dari Finance Department. Mereka ni memang happening sangat. Rindu!! Abang Mahfuz, Abang Rizal, Abang Naguib & Abang Wan. :D


Okay ni pulak gambar dengan orang-orang penting di Finance Department. Rindu jugak dengan mereka. Ayzee, Kak Sakinah, Kak Lili & Hajah Noraini. :)


Ni pulak dengan Kak Darviza, Kak Suriani, Encik Azman & Kak Mastura. :)


Okay gambar kat atas tu atul dengan Kak Zuraidah, Kak Ina & Kak Wanie. :) Yang gambar bawah dengan Kak Siti dan Kak Anita dari HR & Admin Department. :)


Kakak 2 orang ni lah yang paling rindu teramat sangat. :D Kalau nak tahu, kakak tudung biru tu lah atul ganti buat kerja dia masa dia cuti bersalin dulu iaitu Kak Hana. :) Dan yang tudung hijau tu pulak Kak Rosni. Dia yang ajar atul masa Kak Hana cuti bersalin. Dia ajar atul from zero. Tak tahu apa pun pasal Human Resource, pasal Admin. So dia lah banyak ajar atul. Rindunyaaaaaaaa kat kakak-kakak atul ni. :(


Ni lah staff Foreign Labour Centre (FLC) Department kat TPB dulu. Mula-mula 3 orang je. Aku, Encik Ismadi & Abang Rizal. Lepas tu Encik Saparuddin pulak muncul dan Encik Hasbullah (takde dalam gambar). Aku sorang je bunga tau dalam department ni. And of course selalu kena buli. Well buli apa tu aku simpan dalam hati je lah. Haha. :D


Paling suka gambar ni. :D Bukan senang tau nak tengok Encik Bad senyum. Sekali dia senyum, gugur jantung ni. Haha. :p Hai Encik Bad. Tak rindu air kopi yang saya buat?? :p


FLC Department in memory. :)


Dulu paling benci dengan Abang Rizal ni masa aku kat HR Department. Sekali kan kena duduk 1 department dengan dia kat Foreign Labour Centre. Haaa tu lah benci sangat. Sekarang kan dah sayang. Haha. Sebab tu orang kata jangan benci sangat, nanti jadi sayang. Tak gituuuu?? :D


Ni dengan Kak Nana. The one and only receptionist kat TPB. Pernah gaduh dengan dia. Haha. Rindu Kak Nana! :D

Okay lah. Till then! :)
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih. :)

Daisypath Happy Birthday tickers
© Copyright 2013 Reserved to Atul Rahim l Designed by DayangDeno
Nota: